The lost African Chair

0

Written on 10:30 AM by RuDe-DoPe

African chair?
Aih...apa benda ni?? kerusi yang dibuat oleh orang Afrika ke? Pertama kali dengar nama kerusi ni saya dapat membayangkan rekabentuk kerusi ini mesti bercirikan tribal. Ciri-ciri tribal yang saya maksudkan sini ialah kerusi tersebut dihasilkan dengan sulaman-sulaman dan ukiran berasaskan kesenian puak-puak di Afirka. Selepas melihat gambar African Chair yang sebenar, rupanya memang betullah apa yang telah saya fikirkan sebelum ini. Tapi memang menariklah hasil seni African Chair ni dan banyak lagi fakta yang menarik mengenai kerusi ini. Kalau nak tahu apa lagi yang menarik tentang kerusi ini, bacalah tajuk di bawah ni. Senang cerita, baca sampai habis kesemua yang saya tulis. Saya jamin anda pasti tertarik dan menghargai pengetahuan yang anda dapat selepas membaca artikel saya mengenai African Chair. Setakat ini, dokumentasi African Chair yang dapat ditemui hanyalah dalam bentuk gambar hitam putih.


Asal usul African Chair
Kalau korang nak tahu, kerusi ni sudah lama wujud iaitu pada 80 tahun yang lalu lagi dan ia baru ditemui atau didedahkan pada orang ramai pada tahun 2004. Tak tahulah kenapa kerusi tu tak terkenal sehingga pada tahun 2004. Kerusi ini bukanlah dihasilkan oleh orang Afrika. Kerus ini sebenarnya telah dihasilkan oleh dua arkitek Bauhaus iaitu Marcel Breuer dan Gunta Stölzl.


Ciri-ciri African Chair
Kerusi ini dihasilkan daripada kayu yang di cat dan mempunyai tenunan kain yang berwarna warni. African Chair dikatakan menerapkan ciri-ciri Bauhaus yang paling asal. Ciri-ciri kerusi ini sangat menggambarkan perkaitannya dengan nama kerusi tersebut. Walau bagaimanapun, ciri-ciri tersebut tidak mampu untuk memberi info tentang kegunaan African Chair yang sebenarnya. Adakah ciri-ciri yang bertaktha ini memberi maksud bahawa ia digunakan oleh golongan atasan atau raja masih lagi belum dapat dibuktikan. Boleh jadi juga bahawa kerusi ini digunakan oleh Director Bauhaus yang menjadi orang tertinggi di bangunan Bauhaus. Bentuk bertaktha pada African Chair juga dikatakan merujuk kepada pemahaman seni bina iaitu ibu kepada semua jenis seni di dalam teori seni bina klasik di mana pereka bentuk adalah ketua dan juga perancang.

BauHaus

0

Written on 3:18 AM by RuDe-DoPe

BAUHAUS???

Apa yang anda tahu pasal Bauhaus? Secara jujur saya katakana bahawa saya sendiri pada asalnya tidak mengetahu apa sebenarnya itu Bauhaus. Selama 22 tahun saya hidup di dunia ini tanpa mengetahui apakah itu Bauhaus. Mujurlah pada semester 4 ni saya telah mengambil kursus Sejarah Reka Bentuk yang diajar oleh En. Md Noor. Sebenarnya kelas En. Md Noor adalah salah satu kelas yang paling saya suka dalam semester 4 ni. Seronok bila mendengar En. Md Noor menceritakan tentang sejarah-sejarah reka bentuk yang ada di dunia. Dan kebanyakkan sejarah yang diceritakan tidak pernah saya dengar. Hehe...

Berbalik kepada topik kita tadi iaitu tentang Bauhaus. Bauhaus seperti yang diceritakan oleh En. Md Noor, terkenal dengan kerusi Barcelona. Kerusi Barcelona telah di reka bentuk oleh Ludwig Mies van der Rohe untuk sebuah exhibition di Barcelona, Sepanyol. Kerusi Barcelona digunakan sebagai tempat duduk raja dan permaisuri dan stool(kerusi biasa) pula digunakan oleh orang biasa. Setelah berdekad-dekad lamanya orang biasa tidak boleh menggunakan kerusi Barcelona malahan orang yang mempunyai banyak duit pun tidak dapat menggunakan kerusi tersebut, kini kerusi Barcelona boleh dibeli oleh sesiapa pun. Tapi, yang penting harganya adalah sangat lumayan. Tetapi, mungkin berbaloi juga untuk mendapatkan kerusi tersebut. Terpulang kepada seseorang individu itu. Hehe...




Sejarah Bauhaus?

Cakap pasal Bauhaus, mesti ada cerita atau sejarah tentang Bauhaus. Well Bauhaus ni sebenarnya adalah sebuah sekolah reka dan seni bina yang diwujudkan pada tahun 1919 di Jerman. Apa maksud Bauhaus??? Bauhaus sebenarnya adalah gabungan dua perkataan iaitu Bau dan Haus. Bau bermaksud bangunan manakala Haus pula bermaksud rumah. Jadi maksud Bauhaus dalam bahasa melayu ialah rumah bangunan. Betul ke? Pelik ja bunyi dia. Hehe... walau bagaimana pun, Bauhaus sebenarnya ditubuhkan sebagai sebuah sekolah yang mengajar disiplin tentang reka bentuk. Pengasas Bauhaus ialah Walter Gropius. Pada mulanya beliau adalah pengetua Grand Ducal School of Fine Arts of Saxony di Weimar. Bermula dengan slogan “The building of future”, Bauhaus menggabungkan kesemua bidang kesenian di bawah satu institusi. Walter Gropius yakin bahawa asas bagi semua bidang kesenian adalah kemahiran kraftangan. Oleh sebab itu, Bauhaus telah dijadikan sebuah “bengkel” dimana artis dan tukang kraftangan mengajar serta mengadakan kelas pertukangan di bawah satu bumbung. Orang-orang Bauhaus ingin menyangkal pendapat bahawa seni halus dan seni aplikasi adalah dua bidang yang berbeza



Kenapa Bauhaus ditubuhkan?

Seperti yang telah saya cerita pada tajuk di atas, Bauhaus ni sebenarnya ditubuhkan bertujuan untuk mengajar para pereka bentuk tentang disiplin reka bentuk. Selain itu, Bauhaus juga ditubuhkan untuk menggabungkan seni dan kraf. Walter sangat yakin bahawa asas kepada seni adalah kraftangan. Bauhaus ditubuhkan untuk menghubungkaitkan idea dengan kreativiti dalam seni dan teknologi. Bauhaus juga membuat kajian tentang kualiti bahan dan bentuk dalam mereka cipta. Ini bertujuan agar hasil yang dibuat adalah berkualiti dan bermutu.


Ciri-ciri Bauhaus

Bercakap pasal ciri-ciri Bauhaus, hasil Bauhaus banyak tertumpu kepada geometrikal dan teknikal. Lihat saja bangunan Bauhaus itu sendiri yang berbentuk segi. Menurut lecturer saya, Bauhaus ni tidak suka membazir. Kalau boleh, setiap sudut bahan itu akan digunakan dengan sepenuhnya. Sebab itu la kerusi, meja dan bangunan yang di buat oleh pereka Bauhaus berbentu segi. Bagus juga konsep itu. Tidak perlulah kita membazir pokok. Pokok di Bumi kita ni pun dah semakin berkurangan. Selain itu, produk yang dihasilkan oleh Bauhaus adalah berkualiti. Jika dilihat pada zaman Bauhaus dulu, tidak ada mana-mana persatuan atau pertubuhan yang mengajar tentang disiplin merkabentuk produk. Bagi Bauhaus, setiap produk itu perlu direka dengan sebaiknya. Bukan setakat keluarkan produk saja. Dan yang paling penting, pelanggan berpuas hati dengan produk yang dihasilkan.





Tenaga pengajar Bauhaus

Jadual di bawah ini adalah nama-nama individu yang pernah menjadi tenaga pengajar di Bauhaus.
Anni Albers
Josef Albers
Herbert Bayer
Max Bill
Marianne Brandt
Marcel Breuer
Avgust Černigoj
Werner Drewes
Lyonel Feininger
Naum Gabo
Walter Gropius
Ludwig Hilberseimer
Johannes Itten
Wassily Kandinsky
Paul Klee
Gerhard Marcks
László Moholy-Nagy
Piet Mondrian
Georg Muche
Ludwig Mies van der Rohe
Hinnerk Scheper
Oskar Schlemmer
Joost Schmidt
Lothar Schreyer
Naum Slutzky
Wolfgang Tumpel
Gunta Stölzl
Otto Lindig



Counterlapt